Apa Yang Anda Ingin Cari?

Sunday, November 25, 2018

Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Pallet)

 Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Pallet)

Umpan Pallet Untuk Ikan Patin Kolam


Para pemancing kolam sedia maklum bahawa diet pemakanan ikan di kolam memancing adalah berbeza dengan ikan patin liar di sungai atau lombong. Ini kerana patin kolam yang sudah di ajar sejak kecil dengan memakan makanan protein pembesaran seperti pallet.

Oleh itu pemancing kolam patin harus mengikut diet pemakanan ikan tersebut. Berikut adalah antara bahan-bahan asas bagi membuat umpan patin kolam (bahan-bahan tambahan akan dibincangkan di lain posting) :

1. Pallet Ikan

Terdapat pelbagai jenis pallet yang boleh digunakan namun kebiasaannya pallet jenis 920, 6363 dan 929 adalah yang sering digunakan oleh kaki pancing kolam patin kerana kandungan proteinnya yang tinggi. 



Pallet 920

Pallet 6363

2. Santan Segar / Santan Kotak

Seterusnya adalah campuran bancuhan bersama pallet iaitu santan kelapa. Boleh digunakan santan segar atau santan kotak. Penggunaan santan adalah mengikut teknik bancuhan pemancing itu sendiri.

Santan kelapa segar

santan kotak segera
3. Paste Perasa

Paste perasa antara bahan terpenting untuk memancing ikan patin kolam. Ianya bertujuan menarik perhatian ikan untuk memakan umpan. Berbagai jenis paste yang boleh digunakan seperti strawberi, pandan, durian dan lain-lain lagi.


Strawberi


Pandan


4.  Essen Starbrand

Penggunaan essen jenis starbrand adalah yang paling polupar terutamanya essen perasa pisang dan nanas. Kegunaannya adalah untuk menaikkan lagi bau umpan yang digunakan.
5. Kelapa Parut

Kelapa parut digunakan bertujuan untuk memudahkan pallet yang dikepal berderai apabila berada didalam air bagi tempoh tertentu. Ini akan membuatkan ikan ingin mengutip umpan pallet yang didalamnya terdapat matakail. Untuk hasil yang lebih baik, kelapa parut boleh diperam bersama mauripan / yis untuk menjadikannya masam.
kelapa parut
mauripan / yis serbuk
Kelima-lima bahan ini adalah asas kepada pembuatan umpan untuk memancing patin kolam dengan menggunakan kaedah umpan pallet.

Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Roti)

Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Roti)

Umpan Roti Untuk Patin Kolam


Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi bahan asas untuk membuat umpan patin kolam berasaskan roti. Berikut adalah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk persembahan umpan patin kolam menggunakan roti:

1. Roti Bun Kentang / Roti Gardenia

Penggunaan roti dari jenis ini amat digemari pemancing ikan patin kolam kerana harga yang murah dan ianya amat digemari ikan patin kolam. Untuk roti jenis keping seperti roti gardenia, ianya perlu di potong dadu sambil kulit roti disekelilingnya dibuang. Untuk roti bun kentang pula ianya harus disiat dan bahagian roti yang hangus harus dibuang.

Roti keping

Roti bun kentang
2. Paste Perasa

Sama seperti teknik umpan pallet, penggunaan roti juga memerlukan paste perasa. Sebaiknya paste yang akan digunakan untuk umpan roti adalah dari jenis yang berminyak dan masam.


3. Essen Starbrand

Essen ini digunakan untuk menaikkan lagi bau umpan roti yang digunakan.

Kesemua bahan ini adalah asas untuk membuat umpan ikan patin kolam berasaskan roti.

Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Cakoi)

Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Cakoi)

Umpan Cakoi Untuk Ikan Patin Kolam


Antara umpan yang boleh digunakan untuk memancing ikan patin kolam adalah cakoi (umpan tepung). Namun di sesetengah kolam memancing, umpan ini tidak dibenarkan kerana boleh memberi kesan kepada tumbesaran ikan. Antara bahan-bahannya ialah:

1. Tepung Gandum

Tepung gandum dari pelbagai jenama boleh digunakan, tepung membuat pau juga boleh digunakan.

2. Air Mineral

Air mineral digunakan untuk membancuh umpan tepung sehingga boleh di adun menjadi umpan yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
3. Paste Perasa

Antara bahan terpenting untuk membuat umpan cakoi adalah paste umpan. Semua paste umpang boleh digunakan untuk membuat umpan cakoi.



Umpan cakoi antara umpan "killer" bagi pemancing untuk memburu ikan patin kolam yang bersaiz besar.